FALSAFAH & OBJEKTF
Falsafah
" Pendidikan bersepadu berteraskan ilmu, iman dan amal melahirkan insan bertaqwa, berketrampilan dan berkepemimpinan membentuk masyarakat sejahtera dan harmoni dunia dan akhirat "
Objektif
Mampu menguasai dengan baik dan berkesan bahasa- bahasa ilmu seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan mampu berkomunikasi secara suratan dan lisan menggunakan bahasa-bahasa tersebut.
Menguasai tahap keilmuan dan kemahiran yang ditetapkan dalam bidang pengkhususan masing-masing serta berkebolehan menyebar dan menggunakannya secara bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.
Dapat mendalami ilmu-ilmu 'aqliah dan naqliah secara bersepadu menerusi pengajian al-Quran, Hadis, Fikah serta ilmu-ilmu Syariah dan ilmu-ilmu naqliah bagi menjadi insan beriman, bertqwa serta berkepemimpinan.
Mengikuti dengan penuh penghayatan pengajian ilmiah melalui kuliah dan tutorial bagi memupuk pemikiran yang bernas, kritis serta positif dalam menyelesaikan permasalahan mendatang.
Mampu mengikuti tahap pengajian yang lebih tinggi bagi melahirkan graduan yang tidak hanya berdiploma tetapi juga memiliki daya juang dan daya tahan yang teruji